Saturday, March 7, 2009

MENYELAMI TIPU DAYA ALAM JIN DALAM ILMU KEBATINAN


RM8

Di sebalik kewujudan alam kasar ini, terdapat juga alam ghaib dan makhluk-makhluk lain yang menghuninya. Dan di kalangan mereka, adalah jin dan syaitan yang sentiasa menipu daya manusia ke arah kerosakan dan kesyirikan.

Tanpa kefahaman dan akidah yang benar, manusia akan mudah tertipu dengan tipu dayanya. Ini kerana menurut Ulama Tasawuf, syaitan boleh mneyerupai hampir dengan cahaya Allah sehingga tiada kelihatan perbezaannya.

Dalam segala cabang ilmu, jin dan syaitan menjalankan tipu dayanya dengan licik. Kalaulah di kalangan abid dan mereka yang benar-benar ikhlas menuju Allah pun terkena tipu dayanya, apatah lagi mereka yang berada dalam bidang ilmu kebatinan, seperti ilmu tenaga dalaman, perdukunan dan sebagainya.

Justeru, buku ini mengungkap secara mendalam perkara-perkara yang berhubung dengan makhluk-makhluk alam ghaib, agar kita semua terselamat daripada tipu dayanya, insya Allah.

Kandungan :
1. Pendahuluan ....................................................... 1
2. Jenis amalan beragama orang Melayu sebelum Islam ..................................................... 4
3. Perkara luar biasa yang mencarik adat ........... 6
4. Bala tentera Allah ............................................. 12
5. Jin ....................................................................... 14
6. Khadam ........................................................... 30
7. Punca lahir dan berkembangnya amalan-amalan khurafat ................................ 32
8. Tok Bomoh ........................................................ 46
9. Kesesatan dalam perubatan ......................... 50
10. Tanda-tanda Tok Bomoh yang menggunakan khadam/jin dalam perubatan ............................................. 60
11. Pengaruh dan penglibatan Tok Bomoh dalam adat istiadat orang Melayu dan amalan-amalan khurafat ................................. 69
12. Contoh peralatan dalam pemujaan jin yang biasa dilakukan oleh Tok Bomoh, Tok Pawang dan seumpamanya .................. 74
13. Keris lagenda alam Melayu ............................ 79

No comments:

Post a Comment