Friday, December 11, 2009

Ku Temui Cahaya


“Kaum sufi bukannya mengajak kepada pengawalan sifat mazmumah semata-mata tetapi mengajak menghancurkan akar umbi yang menumbuhkan pohon mazmumah itu, iaitu sifat ananiyyah atau “keakuan”… maka mahu meleburkan sifat itu memerlukan cahaya makrifat, sehingga hilang dirinya, bagaikan cahaya lampu yang ghaib dalam cahaya matahari. Sesungguhnya tauhid para sufi mengajak kepada peleburan diri dan alam di dalam keEsaan Allah SWT.”

....................

Bertanya sang Guru,

“Wahai anakku, dimanakah bermula dan akhir makrifatmu denganNya?”

Maka menjawab Salik,

“Demi Tuhan yang aku dalam genggamanNya, bermula aku dengan kejahilan dan berakhir aku dengan kejahilan. Kesudahan mengenal adalah tiada mengenal, tiadalah aku ketahui apa-apa tentangNya hanyalah sekadar setitik air dihujung jari di tengah lautan yang tidak bertepi!”

Monday, March 9, 2009

BISIKAN SIRR 1

RM 3.00

Setitis Air 1

Allah amat menyayangimu. Wujudmu adalah bukti wujudNya.
Apakah maknanya Dia mewu-judkanmu jika Ia membencimu. Renunglah ke dalam dirimu dengan renungan yang sedalam-dalamnya.
Sesungguhnya pada dirimu sudah nyata akan kasih sayangNya, jika kamu memahami.


“Dan juga pada diri kamu sendiri. Maka mengapa kamu tidak mahu melihat serta memikirkan (dalil-dalil dan bukti itu)?” (Adz-Dzaariyaat: 21)

WaLlahu ‘alam.


Setitis air 2

DariNya engkau datang dan kepadaNya akan kembali. Engkau tidak akan memahami bahasa cinta jika engkau berpaling dari WajahNya.


“… Mereka berkata: ‘Sesungguhnya kami adalah kepunyaan Allah dan kepada Allah jualah kami kembali.” (Al-Baqarah: 156)

WaLlahu ‘alam.


Setitis air 3

Segala apa yang kau pandang, dengar, rasai dan miliki adalah kosong pada hakikatnya.
Jika engkau memeluk apa yang ada di sekelilingmu itu, engkau akan jauh dari cahaya kasih sayangNya.
Nafsumu adalah penghalang besar untuk dirimu merasai sentuhan belaianNya yang amat lemah lembut.

“Dihiaskan (dan dijadikan indah) kepada manusia; Kesukaan kepada benda-benda Yang diingini nafsu, iaitu perempuan-perempuan dan anak-pinak; harta benda yang banyak bertimbun-timbun, dari emas dan perak; kuda peliharaan yang bertanda lagi terlatih; dan binatang-binatang ternak serta kebun-kebun tanaman. Semuanya itu ialah kesenangan hidup di dunia, dan (ingatlah), pada sisi Allah ada tempat kembali yang sebaik-baiknya (iaitu Syurga).” (Ali-‘Imran: 14)

WaLlahu ‘alam.


Setitis air 4

Musibah adalah fitrah kehidupan, ia bagaikan badai dan gelombang di lautan.
Ujian bagaikan cemeti kehidupan, justeru itu ramai yang menyangka Allah menjauhinya, tidak menghiraukannya, malah ada yang berburuk sangka padaNya. Renunglah wahai diri dengan cahaya hatimu.
Fahamilah, musibah adalah seruan untuk hamba itu kembali ke dalam dakapanNya. Bagaikan cemeti sang pengembala kepada ternakannya, ia agar ternakannya kembali ke kandang.
Kita lalai, angkuh, lupa diri dengan sedikit kelebihan atau melanggar ajaranNya. Hadapilah dengan redha, sabar, tenang, bersegera bertaubat dan sujud padaNya.
Yakinilah, Allah tidak menzalimi hambaNya, Allah amat menyayangi dirimu. Insya Allah pada segala kesulitan itu akan datangnya kerahmatan.


“… dan Tuhanmu tidak sekali-kali berlaku zalim kepada hamba-hambaNya.”
(Fussilat: 46)

WaLlahu ‘alam.


Sajak

Sajak 1

Suasana alam yang indah
bagaikan menggerakkan
seluruh jiwa dan raga
untuk menari tarian kerinduan
bersama muzik geseran alam
bersama nyanyian kecintaan
bersama menari tarian cinta

Marilah wahai teman
marilah wahai insan
walau apapun wajahmu
walau apapun pangkat dan bangsamu
marilah...
kita menari dengan ayunan
kerinduan dan kecintaan

Tinggalkan segalanya
kosongkan segalanya
kebelengguan nafsu dan khayalan
segalanya itu merungsingkan
segalanya itu penderitaan

Ayuh menarilah
asyikkan dirimu dengan irama
muzik kecintaan dan kerinduan
pada Yang Jamal dan Kamal
pandanglah, pandanglah
sehingga engkau karam
dalam minuman kemabukan
asma-asma Tuhan

Ayuh menari
jangan dihiraukan apa pandangan
aku adalah sang perinduNya
aku adalah sang pencariNya
aku adalah pemabuk
pada Kekasih yang hakiki

Sebahagian petikan isi kandungan buku bisikan sirr 1

Saturday, March 7, 2009

BICARA HIKMAH 2

RM4.00

Saudaraku, Persoalan hidup saudara, saudara yang perlu menentukannya. Sama ada saudara hendak ke syurga atau ke neraka. Jangan biarkan orang lain yang menentukan. Jika ada manusia yang membantu saudara, maka bersyukurlah. Tetapi jika tiada orang yang membantu, saudara mesti bangkit mencari jalan untuk keselamatan diri. Jangan hidup seperti pokok dedalu yang tidak mempunyai tapak sendiri untuk hidup atau seperti pohon yang selalu perlu disirami. Jadilah seperti sang burung yang terbang mencari rezekinya sendiri kerana hidup mengharapkan orang lain adalah kehidupan manusia yang dayus.

Isi kandungan :
1. Tauhid Benteng Tipuan Duniawi ................... 1
2. Makrifatullah : Jalan Keselamatan Diri Dunia Akhirat .............................................. 5
3. Hati Tempat Pandangan Allah ........................ 8
4. Awasilah syaitan dan Nafsu ........................... 10
5. Kenapa Mudah Terkena Tipu Daya .......... 14
6. Hati Lemah Mudah Terpedaya ................... 16
7. Puncak Cita-Cita Mukmin ............................. 19
8. Kesucian Ruh .................................................... 21
9. Ingati Allah Setiap Masa .............................. 22
10. Saat Kematian ................................................. 24
11. Fikir Hidup Sebenarnya Fikir Akhirat ......... 27
12. Hati-Hati dalam Kata-Kata ........................ 29
13. Tumpuan Pendidikan Murabbi ..................... 32
14. Cahayakan Hati dengan Kasih Sayang ..... 34
15. Cetusan Nurani : Aku dan Kehidupan ........ 36
16. Munajat Seorang Hamba ............................. 39

SUFI MUJAHID


RM5.00

"Jadilah mujahid yang kuat kerohanian dan seorang yang kuat berfikir serta berusaha membangunkan kekuatan Islam di mana saja kita berada. Mujahid Agama ialah mujahid yang kuat kerohaniannya, bijaksana, menguasai kemahiran ilmu dunia, memahami musuh, penuh strategi, sentiasa merancang dan bergerak pantas apabila berlaku krisis. Fokuslah kepada musuh yang besar iaitu Yahudi dan kuncu-kuncunya. Tiada masa untuk kita bermain-main atau bergaduh sesama sendiri pada abad ini. Berlapang dadalah dengan segala perkara yang bercanggah sesama Islam, kumpulkan tenaga untuk merancang dan mengatur strategi berhadapan dengan musuh yang besar dan menggunakan seribu satu tipu helahnya untuk menghancurkan Islam dan umatnya."

Isi kandungan :
1. Generasi Teladan ......................................... 1
2. Ilmu Penyuluh Kebenaran ............................. 3
3. Umat Dakwah ................................................ 5
4. Dakwah dan Jihad Ahli Kerohanian ........... 7
5. Cerita Luar Biasa & Perbahasan Khilafiah Melemahkan Umat .................... 16
6. Sufi : Mujahid Agama ................................. 20
7. Pesanan buat Mujahid .................................. 24

Kalam Hikmah ....................................................... 33

TIPU DAYA JALAN KETUHANAN

RM6.00

Syaitan boleh mengaku sebagai Tuhan tetapi syaitan tidak boleh mengaku sebagai Muhammad. Ini bukan bermakna Muhammad itu lebih tinggi daripada Allah. Allah itu ghaib, maka sesiapa sahaja boleh mengaku ia mempunyai ilmu yang tinggi. Tetapi ukuran ketinggian dalam ilmu tasawuf ialah sejauh mana ia boleh menguasai hawa nafsunya, sejauh mana akhlak dan ibadahnya, sejauh mana ia mengamalkan syariatnya, sejauh mana ia wara’ dalam makan minum dan sumber rezekinya. Inilah perkara nyata yang tidak boleh ditiru syaitan. "

Isi kandungan :
Bab 1 :
1. Punca Penyelewengan ... 1
2. Ilmu Syariat dan Hakikat ... 4
3. Tariqat Sufi dan Hakikat Sufi ... 10
4. Tipu Daya Jalan KeTuhanan ... 15

Bab 2 :
5. Tingkatan Nafsu dan Martabat Zikir ... 23

Bab 3 :
6. Guru Mursyid ~ Salik dan Majzub ... 35
7. Antara Prinsip Penting dalam Berguru ... 43

Sajak :
Rahsia Hati ... 56
Secebis Doa ... 57

JALAN MENCAPAI MAKRIFAT


RM10.00

Wahai saudaraku,
Dirimu adalah rahsia Allah, tiada yang mengetahuinya melainkan orang yang berilmu. Mengenali diri adalah pembukaan pada rahsia alam ghaib yang tinggi.

Ramai manusia yang telah buta dan tertipu dengan pandangan basyariah. Mereka tidak dapat melihat hakikat di sebalik kehidupan. Jiwa dinodai dengan cinta dunia, Tuhan dibelakangi dan akibatnya hati terhijab dengan cahaya kebenaran. Hati tidak berfungsi sebagai alat menerima hidayah, hati tidak menyelami rahsia makrifat dan akhirnya hati menjadi mati untuk iman.

Isi kandungan :
1. Manusia dan Kehidupan ... 1
2. Dunia Tempat Ujian ... 3
3. Pembahagian Ilmu Menuju Allah ... 5
4. Hati Yang Mencintai Allah ... 10
5. Ruh Yang Terhijab ... 13
6. Tingkatan Nafsu Diri Manusia ... 17
i. Pertama : Ahli Nafsu Ammarah ... 17
ii. Kedua : Ahli Nafsu Lawwamah ... 18
iii. Ketiga : Ahli Nafsu Mulhamah ... 20
iv. Keempat : Ahli Nafsu Mutmainnah ... 21
v. Kelima : Ahli Nafsu Radhiah ... 22
vi. Keenam : Ahli Nafsu Mardiyyah ... 23
vii. Ketujuh : Ahli Nafsu Kamil ... 25

7. 4 Penghalang Menuju Allah ... 27
8. Pembebasan Ruh dari Belenggu Jasadiah ... 30
a. Zikir dan Mujahadah ... 30

9. Jalan Pembebasan Melalui Zikrullah ... 33
a. Pembahagian Zikir ... 33
b. Bila anda melalui peringkat zikir ... 34
c. Keuntungan orang yang melakukan zikir ... 35
d. Syarat untuk berzikir ... 36
e. Cara Menghidupkan Hati Kepada ZikruLlah ... 36
f. Mukmin dan Hakikat Kematian ... 37
g. Setiap Amalan Mesti Dengan Niat ... 38
h. Mencari Makrifat ... 39

10. Pesanan Akhir ... 41
11. Sajak : Rahsia Insan ... 42

INKISYAF AL QALBI


RM10.00

Tidur adalah hilang pandangan dan pendengaran pada alam kasar ini. Ketika itu ruhnya berjalan, dan tersingkap padanya beberapa pandangan. Bagi ahli Inkisyaful Qalbi, apabila mereka terlalu asyik dengan tafakur dan zikruLlah, dihilangkan pandangan dan pendengarannya oleh Allah pada alam ini, dan ketika itu tersingkap baginya beberapa pandangan. Pandangan tersebut datang secara tiba-tiba yang bukannya terfikir oleh akal. Ianya jelas bagaikan memandang di siang hari.

Ia bukan sebagaimana yang difahami oleh beberapa aliran tafakur yang cuba menggabungkan ilmu tenaga dalam, meditasi dengan ilmu Inkisyaful Qalbi. ‘Kedapatan’ mereka adalah dalam bentuk khayalan dan biasanya terbuka hijab di alam mithal sahaja, alam penuh tipu daya jin dan syaitan...

Kandungan :

1. Ilmu Inkisyaf Qalbi ... 1
- Hakikat Alam Rohani ... 4
- Terbang ke Alam Lahut ... 6
- Membuka Tabir Hati ... 8
- Madah 1 ... 18

2. Kelahiran Semula ... 19
- Madah 2 ... 25

3. Tersingkap Qalbi Melihat Arwah dan Nabi ... 26
4. Hidup adalah satu Ilusi ... 29
5. Ilmu adalah Cahaya ... 36
- Madah 3 ... 37



Gambarajah :
i) Perjalananan Diri Manusia ... 44
ii) Perjalanan Hakikat Diri Manusia (1) ... 45
iii) Perjalanan Hakikat Diri Manusia (2) ... 46