Saturday, March 7, 2009

MENEROKA RAHSIA DIRI

RM7.00

Islam datang untuk mengembangkan potensi kehebatan manusia. Lihatlah, apabila Al-Quran datang menyentuh pemikiran dan perasaan sang Badwi di padang pasir, mereka bingkas bangun menyapu debu di tubuh mereka dan segera memacu kuda dengan penuh keberanian, untuk membina kembali harga diri manusia yang telah tenggelam dalam lumpur kesesatan. Mereka mempunyai keyakinan, harga diri dan keberanian yang luar biasa. Itulah mukjizat Al-Quran. Apakah mukjizat ini masih berada di tangan anda sekarang?

Sebuah buku yang membawa anda meneroka rahsia dan kehebatan diri seorang manusia sebagai khalifah Allah di muka bumi. Mengungkap rahsia bagaimana menghasilkan ibadah yang bertenaga dan dimanfaatkan untuk kebahagiaan hidup di dunia dan akhirat...

Kandungan :

Mukadimah

1. Kejadian diri yang sempurna
1-Jasad
2-Otak dan minda
a) Bahagian otak kiri dan kanan
b) Al-Quran mengoptimakan fungsi minda
c) Pengkhususan fungsi otak
d) Minda
i) Minda sedar
ii) Minda bawah sedar
- Potensi minda bawah sedar - mengawal aktiviti organ, memori gambaran, kreatif,
penyembuhan ilham
e) Punca segala rasa sakit, keseronokan dan had-had psikologi
3- Emosi
4- Ruh

2. Perbezaan Ilmu tenaga dalam dan ilmu tenaga rohani
-Mengenal secara latihan, ilmu, Ainulyakin dan haqqulyakin

3. Al-Quran, As-Sunnah & Ibadah - Konsep bersepadu pembinaan Insan
1) AL-Quran
2) Mengamal Sunnah
3) Mengamal Solat
4) beramal dengan amalan-amalan sunat
5) Membanyakkan Istighfar
6) Membanyakkan Selawat
7) Mengamalkan tasbih, tahmid dan tahlil (latihan penumpuan dan ketenangan mengingati Allah swt)
8) Doa
9) Puasa dan sedikit makan
10)Diam
11)Bertafakur
12)Memberi khidmat pada manusia
13)Dakwah
14)Berjihad

4. Peranan diri sebagai khalifah Allah

No comments:

Post a Comment