Saturday, March 7, 2009

HAKIKAT SOLAT MENURUT PERJALANAN ILMU TASAUF


RM5

tiada sinopsis - diterjemahkan ke bahasa rumi daripada kitab jawi asal.

MENYELAMI TIPU DAYA ALAM JIN DALAM ILMU KEBATINAN


RM8

Di sebalik kewujudan alam kasar ini, terdapat juga alam ghaib dan makhluk-makhluk lain yang menghuninya. Dan di kalangan mereka, adalah jin dan syaitan yang sentiasa menipu daya manusia ke arah kerosakan dan kesyirikan.

Tanpa kefahaman dan akidah yang benar, manusia akan mudah tertipu dengan tipu dayanya. Ini kerana menurut Ulama Tasawuf, syaitan boleh mneyerupai hampir dengan cahaya Allah sehingga tiada kelihatan perbezaannya.

Dalam segala cabang ilmu, jin dan syaitan menjalankan tipu dayanya dengan licik. Kalaulah di kalangan abid dan mereka yang benar-benar ikhlas menuju Allah pun terkena tipu dayanya, apatah lagi mereka yang berada dalam bidang ilmu kebatinan, seperti ilmu tenaga dalaman, perdukunan dan sebagainya.

Justeru, buku ini mengungkap secara mendalam perkara-perkara yang berhubung dengan makhluk-makhluk alam ghaib, agar kita semua terselamat daripada tipu dayanya, insya Allah.

Kandungan :
1. Pendahuluan ....................................................... 1
2. Jenis amalan beragama orang Melayu sebelum Islam ..................................................... 4
3. Perkara luar biasa yang mencarik adat ........... 6
4. Bala tentera Allah ............................................. 12
5. Jin ....................................................................... 14
6. Khadam ........................................................... 30
7. Punca lahir dan berkembangnya amalan-amalan khurafat ................................ 32
8. Tok Bomoh ........................................................ 46
9. Kesesatan dalam perubatan ......................... 50
10. Tanda-tanda Tok Bomoh yang menggunakan khadam/jin dalam perubatan ............................................. 60
11. Pengaruh dan penglibatan Tok Bomoh dalam adat istiadat orang Melayu dan amalan-amalan khurafat ................................. 69
12. Contoh peralatan dalam pemujaan jin yang biasa dilakukan oleh Tok Bomoh, Tok Pawang dan seumpamanya .................. 74
13. Keris lagenda alam Melayu ............................ 79

WACANA HIKMAH



Islam perlu difahami, dihayati dan dicintai. Kecintaan kepadanya haruslah disuburkan tanpa mengira waktu dan saat, sehinggalah kita dipanggil kembali ke hadrat Allah. Kecintaan pada Islam bukan hanya dengan mengamalkan ibadah-ibadah khusus seperti sembahyang, puasa, zakat, haji dan zikir sahaja tetapi mengamalkan keseluruhan sistem Islam yang syumul yang merangkumi akidah, ibadah, akhlak, kesucian hati, kasih sayang, pendidikan, rumahtangga, ekonomi, sosial, perundangan, pentadbiran, kesenian, kebudayaan, dakwah, jihad dan sebagainya.

Buku ini adalah siri pertama Wacana Hikmah yang mengungkapkan beberapa tajuk yang cukup penting untuk difikirkan bersama. Mudah-mudahan para pembaca dapat mengambil manfaat daripadanya...

Kandungan :

1. Al-Quran dan Manusia ... 1
2. Peranan Diri sebagai Manusia ... 10
3. Racun Sekularisme ... 16
4. Manusia sebagai Khalifah Allah ... 22
5. Tiga Kekuatan Generasi Sahabat ... 31
6. Teladan Rasulullah SAW dalam Pendidikan Manusia ... 33

BICARA HIKMAH

RM5.00

Dunia adalah tempat ujian. Ia dipenuhi pelbagai liku dan fitnah. Tanpa petunjuk dan ketelitian dalam mengatur langkah kehidupan, seseorang akan terjerumus ke lembah kerosakan yang akan membinasakan dirinya.

Jiwa manusia sentiasa mencari kebahagiaan dan ketenangan dalam hidupnya. Namun, ramai yang tersasar dalam langkah mereka untuk mencapainya. Atau mereka berjaya mengecapinya, tapi hanya seketika sahaja. Kerana jalan yang dipilih tidak berlandaskan petunjuk al-Quran Sunnah Nabi SAW. Justeru, untuk mencapai hakikat kebahagiaan dan ketenangan yang hakiki, kita perlu kembali kepada Allah, memahami siapa kita dan rahsia-rahsia di sebalik penciptaan diri kita serta arah tuju yang perlu dilalui. Mudah-mudahan kita selamat daripada tipu daya dan fitnah yang datang dari pelbagai arah.

MENEROKA RAHSIA DIRI

RM7.00

Islam datang untuk mengembangkan potensi kehebatan manusia. Lihatlah, apabila Al-Quran datang menyentuh pemikiran dan perasaan sang Badwi di padang pasir, mereka bingkas bangun menyapu debu di tubuh mereka dan segera memacu kuda dengan penuh keberanian, untuk membina kembali harga diri manusia yang telah tenggelam dalam lumpur kesesatan. Mereka mempunyai keyakinan, harga diri dan keberanian yang luar biasa. Itulah mukjizat Al-Quran. Apakah mukjizat ini masih berada di tangan anda sekarang?

Sebuah buku yang membawa anda meneroka rahsia dan kehebatan diri seorang manusia sebagai khalifah Allah di muka bumi. Mengungkap rahsia bagaimana menghasilkan ibadah yang bertenaga dan dimanfaatkan untuk kebahagiaan hidup di dunia dan akhirat...

Kandungan :

Mukadimah

1. Kejadian diri yang sempurna
1-Jasad
2-Otak dan minda
a) Bahagian otak kiri dan kanan
b) Al-Quran mengoptimakan fungsi minda
c) Pengkhususan fungsi otak
d) Minda
i) Minda sedar
ii) Minda bawah sedar
- Potensi minda bawah sedar - mengawal aktiviti organ, memori gambaran, kreatif,
penyembuhan ilham
e) Punca segala rasa sakit, keseronokan dan had-had psikologi
3- Emosi
4- Ruh

2. Perbezaan Ilmu tenaga dalam dan ilmu tenaga rohani
-Mengenal secara latihan, ilmu, Ainulyakin dan haqqulyakin

3. Al-Quran, As-Sunnah & Ibadah - Konsep bersepadu pembinaan Insan
1) AL-Quran
2) Mengamal Sunnah
3) Mengamal Solat
4) beramal dengan amalan-amalan sunat
5) Membanyakkan Istighfar
6) Membanyakkan Selawat
7) Mengamalkan tasbih, tahmid dan tahlil (latihan penumpuan dan ketenangan mengingati Allah swt)
8) Doa
9) Puasa dan sedikit makan
10)Diam
11)Bertafakur
12)Memberi khidmat pada manusia
13)Dakwah
14)Berjihad

4. Peranan diri sebagai khalifah Allah

BICARA DARI GUNUNG

RM6.00
Segala peristiwa yang berlaku pada diri atau di sekeliling kita sesungguhnya mengandungi pelbagai hikmah dan iktibar.

Begitu juga dengan alam yang terhampar indah dan langit yang terbentang luas, semuanya membuktikan sifat-sifat Kesempurnaan Allah SWT. Bagi insan yang mempunyai mata hati yang tajam, ia akan dapat melihat dan merasai Kebesaran Allah dalam setiap pandangan dan pendengarannya, malah dapat dirasai di segenap urat nadi dan denyut jantungnya. Diri terasa amat kerdil dan lemah, apabila memandang ia hanya melihat Asma, Af'al dan Sifat Allah yang amat indah.

Membaca buku ini, anda bagaikan berada di puncak sebuah gunung dan dibawa mengembara jauh untuk merenung dan bertafakur tentang Allah, diri sendiri, alam dan segala peristiwa yang berlaku di dunia yang fana ini.

Bahasa yang dipaparkan adalah dalam bentuk motivasi; membawa pembaca kepada tujuan menjadi hamba yang halus ubudiyyahnya kepada Allah, dan menjadi Mukmin yang hebat, berjiwa besar, berfikir besar dan tinggi cita-citanya!


1

KASIH SAYANG

RM8.00

“Hari ini manusia terkapai-kapai dalam dilema kehilangan kasih sayang. Setiap mata insan membisikkan bahasa sepi, kekecewaan dan marah. Ke arah manakah manusia mahu membawa kehidupan ini? Ke arah permusuhan dan kebencian atau ke arah perdamaian dan kasih sayang. Semua laungan kini seolah-olah mengeluarkan api-api kebencian yang membakar jiwa dan alam.”

“Sesungguhnya syaitan tidak mahu umat Muhamad SAW berkasih sayang kerana ia adalah sumber kekuatan, ia bagaikan bom yang amat bahaya. Tanpa kekuatan kasih sayang, walaupun umat ini diberi khazanah kekayaan, diberi kemajuan teknologi, diberi pelbagai ilmu, ia amat mudah dihancurkan kerana ia bagaikan bangunan yang tidak mempunyai sistem pertahanan yang kuat. Mereka akan hancur bukan disebabkan musuh tetapi pertelingkahan sesama sendiri. Sejarah telah memperlihatkan kepada kita, sejarah adalah guru yang terbaik untuk mereka yang mahu mengambil pelajaran.”

Kandungan :
1. Allah dan Kasih Sayang
2. Kasih Sayang Rasulullah Terhadap Umat
3. Dakwah Yang Tidak Dahulukan Kasih Sayang
4. Kamu dan Kasih Sayang
5. Keluarga dan Kasih Sayang
6. Suami dan Kasih Sayang
7. Isteri dan Kasih Sayang
8. Guru dan Kasih Sayang
9. Ulama dan Kasih Sayang
10. Ahli Politik dan Kasih Sayang
11. Generasi Muda dan Kasih Sayang
12. Majikan dan Kasih Sayang
13. Pekerja dan Kasih Sayang
14. Usahawan, Hartawan dan Kasih Sayang
15. Sahabat dan Kasih Sayang
16. Ekonomi dan Kasih Sayang
17. Perundangan dan Kasih Sayang



1